Friday, May 6, 2011

Nobody is perfect


Kesempurnaan merupakan sesuatu yang sangat subjektif. Bagi mereka yang perfectionist, standard dalam melakukan sesuatu pasti berbeza berbanding mereka yang biasa-biasa ataupun ala kadar.

Nobody is perfect, tapi kita boleh berusaha untuk menjadi next to perfect. Bagi seorang pekerja, pastinya akan berusaha untuk menyiapkan kerja yang diberikan dengan sempurna. Sesempurna mana hasilnya pasti ada sedikit kekurangan ataupun penambahbaikan yang diperlukan, hanya ALLAH sahaja yang sempurna. Kita tidak dapat memuaskan hati semua orang, tetapi kita boleh berusaha untuk menyempurnakannya mengikut kemampuan kita.

Saya bukanlah seorang yang sempurna, begitu juga suami saya. Banyak kekurangan dan kesilapan yang kami tidak boleh elakkan. Apa yang boleh dipelajari ialah bagaimana berhadapan dengan kesilapan diri sendiri, bagaimana bereaksi dengan kesilapan suami@isteri, bagaimana menerima dan menghargai kesilapan dan kelemahan masing2.

Jika di awal perkahwinan kami, suami saya bukanlah seorang yang rajin dan tahu dalam melakukan kerja rumah. Alhamdulillah, selepas lebih 19 bulan hidup bersama, saya ajar, saya paksa, saya suruh, saya minta tolong, dan bermacam-macam teknik dilakukan, akhirnya suami saya sudah boleh melakukannya, walaupun belum berada di tahap sangat rajin lagi.Sudah boleh dan hendak masak nasi, masak bubur, masak lauk, buat air, beli ikan dan sayur di pasar, bertukang sikit2, basuh dan sidai baju dan sebagainya. Sudah pandai mengurus, sudah pandai belajar berjimat dan merancang kewangan. Selalu orang kata lelaki kelantan ni malas, mula2 saya rasa macam betul, tetapi bila saya lihat perubahan dalam suami saya selepas setahun lebih berkahwin, saya rasa macam tak betul pulak. My husband is willing to learn. Dia bukan malas, cuma dia tak tau nak buat apa dan macamana nak buat. So sesiapa yang belum berkahwin, jangan demand tinggi sangat nak org yg sempurna, tak nak kahwin dgn org dr negeri2 tertentu dsb. Nobody is perfect.

Kita tidak akan kenal seorang lelaki itu sehingga kita mengahwininya. Setiap orang ada kelemahan dan kelebihan masing2. Hargai kelemahan dan kelebihan. Terima kasih kepada suamiku yang selalu bersabar dengan kelemahanku. You complete me.

0 comments:

Post a Comment