Wednesday, May 25, 2011
Mujahadah membayar hutang
Alhamdulillah...hingga ke saat ini...jam 3.17 pm...masih mampu meneruskan perjuangan untuk membayar hutang. Jika berjaya puasa pada hari ini, maka jumlah hutang yang tinggal ialah 20 hari.
Agak mencabar juga puasa pada hari ini. Semalam sangat-sangat exhausted dan hampir-hampir tumbang semasa memasak lauk untuk berbuka puasa. Mujur saja suamiku menawarkan bantuan. Dalam tak larat2 tu pun, sempat abang buat request nak letak soo hon dan tahu kering dalam sayur. I said ok, but abang kene tolong rendamkan dan jagakan sayur sampai masak. Dengan rajinnya abang habiskan menggoreng ikan,dan juga sayur. Lepas siap masak, abang tolong hidangkan makanan. Terasa lambat masa berlalu nak tunggu buka. Nusaybah pulak bising2 merengak sebab nak tidur, nak minta ummi susukan sampai tertidur. Ummi pun makan cepat2, selalu makan dua pinggan, semalam makan sepinggan.
Lepas makan, naik bilik untuk solat. Biarkan nusaybah merengek sorang2 sebab abi tengah prepare minit mesyuarat yg lepas untuk meeting mlm td. Kesian juga tengok nusaybah merengek sorang2. Habis solat terus tidurkan nusaybah. Abi pun pergi meeting. Ummi ada meeting sebenarnya, tp ummi tak larat nak pergi.
Bila abang balik dekat pukul 1, ngadu kat abang lapar. Ingatkan abang nak ambikkan some food...tp abng terus tidur. Lapar lawn ngantuk...ngantuk menang...Terus tidur. Pukul 3 abang kejut minta buatkan air teh pekat. Abang diarrhea, tak tidur nyenyak sbb asyik gi toilet. Dalam ngantuk2 tu pergi turun bawah juga untuk buatkan air teh pekat. Lepas minum teh abang tidur, tp mataku pulak yg tak boleh terlelap. Setengah jam berjaga baru tidur semula.
Well, pagi tadi bangun dengan pening2 dan kepala berangin. Memang dah fikir tak nak puasa hari ni. Tp hati kecilku berkata apa salahnya cuba dulu tengok tahan sampai amna. Alhamdulillah, mujahadah hingga saat ini menahan lapar. Mudah-mudahan puasa hari ni berjaya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment