Friday, June 17, 2011

Surfing and blogwalking today...

Alhamdulillah...hari ni banyak masa sikit untuk blogwalking dan baca isu2 semasa. Blog yang menjadi pilihan utama tentulah blog yang ada resepi2 sedap. Saya mendapat semangat baru untuk belajar menghias kek sendiri. Tengok cara2 nak buat coklat ganache dan fresh cream tu macam senang, tapi tak cuba lagi tak bolehlah nak cakap. Oven dan pemukul telur pun tak ada kat rumah. Sebagai alternatif, kalau nak buat puding atau kek, saya gunakan blender dan kukus atas api. Hias2 ni kalau rajin buat, lama2 boleh insya ALLAH... cuma bila cuba macam2 resepi ni, doa banyak2 biar jadi...kalau tak jadi sayang...kos nak membeli bahan2 tu terpaksa burn.

Apa yang berlaku di Malaysia hari ni? Macam2...isu naik harga barang tak pernah surut...gaji tak naik pulak...kalau naik pun seciput je...Alhamdulillah ALLAH kurniakan rezeki. Tapi saya masih ingat kata2 ustaz hasbullah masa saya belajar UNGS dulu. Saya suka dengar ustaz bagi ceramah masa UNGS dulu. Ustaz cakap kita tak diuji dengan dugaan seperti gempa bumi, gunung berapi dan bencana2 alam yang dahsyat macam negara lain, tapi kita diuji dengan kenaikan harga barang. Masa ustaz cakap tu rasanya saya baru first year kat kuantan.

Bukan senang nak mentadbir kewangan sebuah keluarga, apatah lagi nak tadbir kewangan sebuah negara. Bukan senang nak tadbir dan uruskan sebuah keluarga, apatah lagi nak tadbir dan uruskan sebuah negara. Asasnya ialah iqomatuddin...wa siasatuddinya bihi...bangunkan agama dan tadbir dunia dengan agama itu...Insya ALLAH selamat dunia dan akhirat...

Bangunkan agama dalam keluarga dan tadbir keluarga dengan agama itu...bangunkan agama dalam negara dan tadbir negara dengan agama. Jadi, tidak mudah untuk jadi pemimpin ni. Pangkat dan kedudukan datang dengan amanah...dan amanah itu akan dipertanggungjawabkan nanti di hadapan ALLAH.

Masa untuk memerah susu. Nusaybah is approaching 11 months, and i managed to breasfeed nusaybah until now. Alhamdulillah...

0 comments:

Post a Comment