Sunday, May 23, 2010

It is the 32nd week...



Alhamdulillah, minggu ini merupakan minggu ke 32 usia baby di dalam kandungan. Baby sangat aktif, terutamanya pada waktu malam. Di peringkat awal, sukar rasanya untuk melelapkan mata kerana terganggu dengan pergerakan baby yang sangat kuat. Tetapi lama kelamaan saya sudah terbiasa dengan keadaan ini dan mampu untuk tidur dengan sangat mudah dan nyenyak. Kadang-kadang abang yang akan mengejutkan saya dari tidur kerana pergerakan baby mengejutkan abang. Abang risau baby berada pada kedudukan tidak selesa semasa saya tidur.

Sekarang jam sudah pukul 4.08 minit petang. Lebih kurang satu jam lagi untuk pulang ke rumah. Hari ni kita nak makan apa ye? Kerang? Udang? Sotong? Ikan? Ayam? Semalam abang keluar rumah jam 6.30 petang dan pulang ke rumah jam 12.30 malam untuk uruskan mesyuarat karnival puncak alam. Selepas siap memasak hidangan makan malam, tiba-tiba kerajinan datang untuk membuat puding kastard berkuah. Alhamdulillah, mudah je nak buat cuma kerajinan sahaja yang diperlukan. Abang balik jam 12.30, kami makan puding kastard berkuah serta nasi berlauk sup cendawan daging. Kesian abang lapar. Tengah hari tadi abang sms, bulan depan abang nak makan lagi puding kastard macam tu. Tak perlu tunggu sehingga bulan depan, hujung minggu ni pun boleh buat lagi. Kalau nak masak sedap-sedap kena tunggu hari khamis sebab hari isnin sehingga rabu saya mengajar buak-budak mengaji dari pukul 7.45 hingga pukul 9 malam. Jadi, kami makan lauk yang mudah dimasak sahaja.

Semalam hari ahad, abang basuh semua pakaian baby yang telah kami beli. Comel je baju baby, kecik. Beg untuk dibawa ke hospital sudah kami siapkan. Walaupun masih lama lagi untuk baby lahir ( sebulan setengah lagi), tapi kami bersedia dari awal. Semoga kelahiran ini dipermudahkan. Saya akan sediakan awal semua lecture note, test and assignment untuk pelajar saya sem depan. Insya ALLAH, saya akan bekerja sehingga tiba waktu untuk melahirkan bayi. Kemudian bercuti sehingga hari raya aidilfitri. Sungguh seronok. Cumanya kena tinggal abang di puncak alam, sebab saya bercadang untuk berpantang di johor. Semoga ALLAH permudahkan urusan kami sekeluarga.

Untuk adik bongsu saya, Adil, semoga cepat sembuh dan cepat keluar dari hospital. Appendicitis, operation hari rabu lepas dan masih ditahan di ward. Kesian mama, mesti tak cukup rehat sebab stay di hospital dari hari rabu lagi.