Thursday, March 31, 2011
today is friday
Alahmdulillah, hari ni hari jumaat. Sangat gembira pada hari jumaat, bukan sebb esok cuti, tp sebab hari jumaat ni banyk keberkatannya. Buat sujud sajadah, baca surah kahfi, nak potong kuku, nak bersedekah. Walaupun saya tak istiqomah buat benda2 ni, tp saya gembira bila hari jumaat tiba. Alangkah baiknya jika ALLAH tarik nyawaku di penghujung hidupku pada hari jumaat.
Setiap kali teringat, mesti message abang ingatkan untuk bersedekah masa sembahyang jumaat nanti. Semoga jumaat yang mendatang lebih baik daripada jumaat hari ini. Jumaat depan ialah due date submission thesis and case study untuk my supervisees. Good luck semua. Jangan hantar last minute sgt, nanti i pun tertekan.
"Ya Allah, perbaikilah untuk ku agamaku, yang menjadi pemelihara bagi urusanku, dan perbaikilah bagi ku duniaku, yang di dalamnya berlaku kehidupanku, dan perbaikilah untuk ku akhiratku yang kepadanya tempat kembali ku. Jadikanlah kehidupan ku merupakan tambahan bagi ku terhadap segala kebajikan dan jadikanlah kematian waktu rehat dari segala kejahatan. Amin"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment