Thursday, March 3, 2011

Dealing with penyakit M


Entri yang pertama saya dalam blog ini untuk tahun 2011.

Baru saja selesai malayari laman-laman web yang berkaitan dengan penyususan susu ibu. Saya sangat terkesan dengan kata-kata ini " penyakit M musuh no 1 bagi pengepam tegar". M is malas. Abang selalu cakap, "sayang kalau dah cukup stok untuk esok dah malas nak pam susu lagi". It is true pun.

Hujung minggu memang tak pam langsung. Kalau tak cukup sangat baru saya akan pam susu sebelum tidur, bangun tidur dan kerap pulang tengahari untuk menyusukan nusaybah. Malas @ penat?

Saya bukanlah heavy duty person.Sebelum pukul 5, saya akan mengepam susu. Selesai mengepam, punch out dan terus ke kedai membeli barang2 mentah untuk makan malam. Pergi rumah pengasuh, ambik Nusaybah. Dalam pukul 6 sampai rumah, beri makan Nusaybah dulu, kalau tak dia akan bising. Selepas Nusaybah makan baru boleh masak. Kalau mood Nusaybah ok, dapatlah siapkan lauk sebelum solat maghrib. Biasanya abang akan pulang jam 6.45.

Selepas makan malam dan bersolat, pergi mengajar ngaji bersama2 abang dan Nusaybah di balai raya sehingga pukul 9. Siap mengajar ngaji, balik rumah dan tidurkan nusaybah. Kalau rajin bolehlah basuh baju, sidai baju, lipat2 sikit baju nusaybah, kemas2 sikit rumah. Selalunya dekat pukul 10 dah tertidur sebab penat. Abang selalu ada meeting malam. Tak sempat nak tunggu abang balik dah tertidur dulu. Esok pagi baru sempat pam susu sebelum nusaybah bangun tidur. Selalu 6 lebih nusayah dah bangun.

Well, sebab saya cepat penat, jadi saya selalu malas nak pam. Office hour 2 kali je, kat rumah kadang2 pam kadang2 tak. Kalau tak cukup sangat baru nak bersengkang mata untuk cukupkan stok.

I am thinking either to buy a new spectra 3 double pump or wait until i have enough money to buy medela freestyle. Setelah berfikr dengan dalam, saya rasa saya masih mampu untuk mencukupkan stock nusaybah dengan hanya menggunakan medela harmony, dengan syarat saya mesti rajin. Cukup duit nanti baru boleh beli medela freestyle. Ank seterusnya boleh pakai FS.

So ummi, kene rajin, rajin dan rajin. Makan supplement, think positive...

Having less sleep last night :)

0 comments:

Post a Comment