Monday, November 8, 2010

medela harmony breast pump.


Susu ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi. Saya berusaha dan berharap semoga saya dapat menyusukan nusaybah sehingga berusia 2 tahun. Tetapi, dalam usia nusaybah yang hampir menjangkau 4 bulan, saya sudah terasa kepayahan dan kesukaran untuk memenuhi impian menyusukan secara ekslusif.

Semasa mengandung, saya tidak membuat persediaan yang cukup dari segi maklumat untuk menyusukan bayi. Di dalam senarai semak persediaan kelahiran yang dimuat turun dari internet, pam susu termasuk di dalam persediaan ibu selepas kelahiran. Kami keluar membeli belah barang bayi di pekan Meru dan membeli segala peralatan di pasaraya Meru. Maka pilihan yang ada hanyalah satu jenis pam yang berharaga RM23 :).

Semasa berpantang, barulah saya tahu rupanya brest pump ada pelbagai jenis (alangkah lambat dan jahilnya saya), daripada manual breast pump sehinggalah battery operated doube breast pump. Sangat mengujakan melihat medela freestyle breast pump yang berharga RM1K++++.

Saya tetap menggunakan breastpump yg berharga RM23 sehinggalah habis tempoh cuti berpantang. Saya berminat dengan pureen battery operated breast pump, dengan harapan tidak perlulah bersusah payah mengumpul tenaga memerah susu. Tetapi percubaan pertama yang tidak sampai sepuluh minit membuatkan saya tidak berminat untuk menggunakan pureen breast pump (jadi gajah putih di rumah sekarang). Saya terus menggunakan breast pump yang asal. Setiap kali menggunakannya, saya bayangkan saya sedang menggunakan medela breastpump, sebagai semangat untuk mengumpul lebih banyak susu.

Namun, kepenatan dan keletihan mengumoul susu hanya ALLAH sahaja yang tahu. Betapa ibu jari saya seperti sudah cramp dan bengkak kerana overused. Nusaybah pula sudah mula minum banyak. Jika dulu saya bekalkan 9 oz susu sehari sudah cukup, namun kini saya terpaksa menambah bekalan sehingga 14@15 oz sehari. Ini bermakna kekerpaan mengepam diperlukan. Namun, semakin kerap mengepam, semakin sakitlah jari dan tangan saya.

Abang mendesak saya membeli medela harmony, namun saya menolak kerana masih beranggapan saya masih mampu menggunakan breast pump yang lama dan saya sayang duit :). Namun akhirnya, saya merasakan kepentingan membeli medela harmony semakin mendesak. Lalu saya pun memesan medela harmony daripada dealer, dan saya harus menunggu seminggu jika betul-betul berminat sehingga stok sampai. Sekali lagi abang mendesak untuk mencari dealer yang lain. Mujur ada dealer yang beroperasi berdekatan dengan tempat kerja abang. Pagi saya pesan, petang abang terus ambil dan bayarkan. Sangat gembira bila medela harmony sudah sampai di tangan.

Setelah seminggu menggunakan medela harmony, apa yang saya dapat simpulkan ialah kuantiti susu yang saya kumpulkan adalah sama. Yang berbeza ialah masa mengepam semakin pendek dan kesukaran mengepam menjadi ringan. Jika dulu, untuk mengepam pada seisi seterusnya, saya rasa malas dan penat kerana lenguh-lenguh masih terasa. Kini saya boleh mengepam dengam mudah dan senang.

Insya ALLAH jika ada rezeki, untuk anak kedua bolehlah saya mengumpul duit untuk membeli medela freestyle. Semoga ALLAH berikan kekuatan kepada saya untuk terus bermujahah dalam meberikan makanan terbaik untuk si comel Nusaybahku. Haulaini Kamilaini, insya ALLAH.

0 comments:

Post a Comment