Monday, November 29, 2010

mOOD santai-santai

Hari ini kemalasan telah menguasai diri ini. Pagi tadi, walaupun telah sangat terlewat tetapi saya tidak berusaha untuk tergesa-gesa dan berkejar-kejar. Punch in pukul 8.14. Sepanjang seminggu yang lepas, sejarah buat diri saya kerana punch in lebih daripada pukul 8. Sekarang jam menunjukkan pukul 10.16 pagi dan saya masih berasa malas untuk membuat air dan bersarapan, walaupun perut sudah lapar. Sangat teruja sebenarnya melayari internet dan membaca laman-laman web yang menarik dan juga blog2 yang memberikan motivasi.

Apapun, breakfast is a must. Malam tadi saya rasa tubuh badan sangat berat untuk bangun dan memerah susu, walaupun cuma 4 oz lagi diperlukan untuk mencukupkan bekalan nusaybah hari ni. Jadi, tengahari ni kena balik dan hantar susu untuk nusaybah. Rasa macam nak half day je hari ni, tapi tak boleh. Kena selesaikan segala-galanya dulu baru boleh bereat. Hari ni ada consultation dengan student about case study.

Bagaimanakah agaknya nanti bila Nusaybah semakin membesar dan perlukan lebih banyak susu. Takut rasanya nak memberikan susu formula dan berharap susu ibu ini sahajalah susu tunggal untuk nusaybah sehingga berusia 2 tahun. Mampukah saya bertahan???

Hairena kena istiqomah makan supplement. Masalah saya ialah sangat liat untuk makan ubat@supplement. Malah semasa mengandung dulu, saya tidak konsisten makan ubat. Hari ni makan, esok terlupa, esok makan balik. Saya perlukan supplement untuk memastikan saya terus bertenaga.

BerhiduP dengan lebih baik. I LOVE ALLAH, I LOVE MY FAMILY.

Wednesday, November 10, 2010

working with nusaybah today:)


Assalamu'alaikum...


Hari ini Nusaybah menghabiskan masa bersama ummi selama setengah hari di bilik ummi, menemani ummi menyiapkan kerja-kerja. Nusaybah budak baik, dia tidak meragam. Ummi letakkan Nusaybah di atas tilam, sambil ummi membuat kerja di sebelah. Mungkin ummi terlalu khusuk membuat kerja sehingga tidak sedar anak ummi sudah meniarap.

Ketika ummi sedang menulis blog ini, Nusaybah sedang tidur dalam pangkuan ummi. Pukul 1.30 nanti, ummi akan hantar Nusaybah ke rumah mama (pengasuh). Pagi ini mama pergi ke sekolah untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah anak mama. Pandai anak mama, dapat nombor satu dan jadi pengawas di sekolah serta rajin pergi ke surau. Ummi yakin mama dapat mendidik Nusaybah dangan baik sepanjang nusaybah berada di rumah mama.

Ummi got work to do. I love ALLAH, I love my family :).

Tuesday, November 9, 2010

world's radiography day


Semalam 8 november (isnin) merupakan hari radiografi sedunia. Selamat hari radiografi buat semua sahabat-sahabat yang pernah sama-sama belajar di UIA.

"Born to be a radiographer", saya teringat pada rafidah supar ketika menulis perkataan ini. Born to be a joker, born to be a leader.

To treat often, to cure sometime but to comfort always. Ayat yang sering diulang-ulang oleh pensyarah saya dahulu, Br. Zainul.

Am i a radiographer????

I am a radiography lecturer. Namun kadangkala teringin untuk menjadi radiographer :).

Selamat hari radiografi.

Monday, November 8, 2010

medela harmony breast pump.


Susu ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi. Saya berusaha dan berharap semoga saya dapat menyusukan nusaybah sehingga berusia 2 tahun. Tetapi, dalam usia nusaybah yang hampir menjangkau 4 bulan, saya sudah terasa kepayahan dan kesukaran untuk memenuhi impian menyusukan secara ekslusif.

Semasa mengandung, saya tidak membuat persediaan yang cukup dari segi maklumat untuk menyusukan bayi. Di dalam senarai semak persediaan kelahiran yang dimuat turun dari internet, pam susu termasuk di dalam persediaan ibu selepas kelahiran. Kami keluar membeli belah barang bayi di pekan Meru dan membeli segala peralatan di pasaraya Meru. Maka pilihan yang ada hanyalah satu jenis pam yang berharaga RM23 :).

Semasa berpantang, barulah saya tahu rupanya brest pump ada pelbagai jenis (alangkah lambat dan jahilnya saya), daripada manual breast pump sehinggalah battery operated doube breast pump. Sangat mengujakan melihat medela freestyle breast pump yang berharga RM1K++++.

Saya tetap menggunakan breastpump yg berharga RM23 sehinggalah habis tempoh cuti berpantang. Saya berminat dengan pureen battery operated breast pump, dengan harapan tidak perlulah bersusah payah mengumpul tenaga memerah susu. Tetapi percubaan pertama yang tidak sampai sepuluh minit membuatkan saya tidak berminat untuk menggunakan pureen breast pump (jadi gajah putih di rumah sekarang). Saya terus menggunakan breast pump yang asal. Setiap kali menggunakannya, saya bayangkan saya sedang menggunakan medela breastpump, sebagai semangat untuk mengumpul lebih banyak susu.

Namun, kepenatan dan keletihan mengumoul susu hanya ALLAH sahaja yang tahu. Betapa ibu jari saya seperti sudah cramp dan bengkak kerana overused. Nusaybah pula sudah mula minum banyak. Jika dulu saya bekalkan 9 oz susu sehari sudah cukup, namun kini saya terpaksa menambah bekalan sehingga 14@15 oz sehari. Ini bermakna kekerpaan mengepam diperlukan. Namun, semakin kerap mengepam, semakin sakitlah jari dan tangan saya.

Abang mendesak saya membeli medela harmony, namun saya menolak kerana masih beranggapan saya masih mampu menggunakan breast pump yang lama dan saya sayang duit :). Namun akhirnya, saya merasakan kepentingan membeli medela harmony semakin mendesak. Lalu saya pun memesan medela harmony daripada dealer, dan saya harus menunggu seminggu jika betul-betul berminat sehingga stok sampai. Sekali lagi abang mendesak untuk mencari dealer yang lain. Mujur ada dealer yang beroperasi berdekatan dengan tempat kerja abang. Pagi saya pesan, petang abang terus ambil dan bayarkan. Sangat gembira bila medela harmony sudah sampai di tangan.

Setelah seminggu menggunakan medela harmony, apa yang saya dapat simpulkan ialah kuantiti susu yang saya kumpulkan adalah sama. Yang berbeza ialah masa mengepam semakin pendek dan kesukaran mengepam menjadi ringan. Jika dulu, untuk mengepam pada seisi seterusnya, saya rasa malas dan penat kerana lenguh-lenguh masih terasa. Kini saya boleh mengepam dengam mudah dan senang.

Insya ALLAH jika ada rezeki, untuk anak kedua bolehlah saya mengumpul duit untuk membeli medela freestyle. Semoga ALLAH berikan kekuatan kepada saya untuk terus bermujahah dalam meberikan makanan terbaik untuk si comel Nusaybahku. Haulaini Kamilaini, insya ALLAH.

Sunday, November 7, 2010

Anakku...permata hatiku.


Alhamdulillah, Nur Mujahdiah Nusaybah kini telah berusia 3 bulan dan 3 minggu. Ummi sungguh teruja melihat perkembangan Nusaybah. Segala puji bagi ALLAH yang telah mengurniakan anak yang sempurna dan sihat kepada kami. Patutkan kami menjadi hamba yang tidak bersyukur dengan pemberian-Nya yang cukup istimewa ini.

Tanggunggjawab membesarkan dan mendidik anak mengikut acuan dan didikan Islam merupakan cabaran yang besar buat kami. Kami perlu belajar dan belajar lagi untuk mendidik Nusaybah supaya Nusaybah membesar menjadi anak yang solehah dan mujahidah kebanggaan ummi dan abi.

Menjadi seorang ibu mendidik saya untuk menjadi manusia yang lebih sabar. Saya juga belajar untuk menjadi lebih bertenaga dan bersemangat untuk menyesuaikan diri dengan tugasan sebagai seorang pekerja, isteri dan ibu. Pengalaman mengandung merupakan detik di mana saya menjadi manusia yang fragile, lemah, pucat dan kurang semangat.

Semoga ALLAH memberikan kekuatan kepada seorang hamba yang lemah, hina dan dhaif ini untuk menjadi seorang isteri solehah dan ibu yang terbaik untuk seorang puteri solehah, Nur Mujahidah Nusaybah.