Alhamdulillah, hingga ke saat ini saya masih terus bermujahadah untuk meneruskan puasa pada hari ini. Sungguh penat dan letih. Nafas saya pendek dan sering termengah-mengah. Pagi ni sempat saya ke hospital sungai buloh untuk mengambil darah. Insya ALLAH, hari rabu ni saya akan ke klinik pakar semula untuk review result, memandangkan esok saya ada seisi viva dengan student. Mudah-mudahan paras hemoglobin saya ialah 8.0 gm/dl ke atas. Semoga saya tidak ditahan di hospital rabu ni.
Ada beberapa tugasan saya yang masih tertangguh. Kerja-kerja ni bukanlah berat sangat tetapi saya cepat keletihan. Saya perlu kuat dan tidak terikut-ikut dengan mood badan. Semalam, selepas pulang dari program selama dua hari di Kuang, saya seperti kehabisan tenaga. Suami saya juga terlalu letih selepas menguruskan program pada hari sabru yang lepas. Mujur abang tak demam. Panas badan abang kebah sedikit. Jika abang demam, saya juga tidak larat, pasti kami sama-sama terlantar.
Sudah lama saya berhajat untuk pulang ke kampung. Setiap hujung minggu kami sudah penuh dengan aktiviti-aktiviti sehingga 24 hb ni. Saya begitu teringin untuk menikmati hidangan ibu saya sendiri. Rindunya ya Allah. Sabar, sabar.
5 minit lagi ke pukul 5. 2 jam setengah lagi untuk berbuka. Insya ALLAH sempat saya memasak untuk hidangan berbuka sejurus pulang ke rumah nanti.
Hidup dengan berkualiti...teruskan berhidup dengan baik. Saya nak berkemas, nak balik rumah, beli kerang dan masak kerang. Nak masak sayur petola campur lada hitam kegemaran abang, nak buat cekodok...sedapnyer....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment