Alhamdulillah...dapat pulang ke kampung di kelantan sepanjang cuti tahun baru cina yang lalu. Satu perjalanan yang agak lama...maklumlah ramai yang ingin pulang ke kampung halaman seperti kami juga. Kami bertolak pada hari sabtu petang, jam 3 selepas saya selesai menghadiri program. Kami tiba di gua musang jam 10.45 malam. Bersyukur kerana perjalanan pulang begitu lancar. Jam 10 malam kami bertolak dan tiba di rumah Puncak Alam jam 2.45 pagi. Toll free :).
Nampaknya ramai staff yang menyambung cuti daripada 17 hb hingga 19 hb. Kebetulan pelajar-pelajar sedang bercuti selama seminggu. Saya simpan cuti saya untuk persediaan menyambut dan menguruskan anak kelak...di tambah dengan cuti bersalin 2 bulan.
Lama bercuti menyebabkan saya agak keliatan untuk pergi bekerja. Jam 7.54 saya bergerak dari rumah. Punch jam 8.03 minit. Lambat 3 minit. Saya masih lagi amatur dalam memandu kereta. Kurang keyakinan lagi untuk memandu laju ke tempat kerja. Kemahiran parking juga masih tidak mantap :). Perlu lebih banyak latihan.
Alhamdulillah, mak dan ayah mentua serta adik2 sihat. Seronok dapat pulang ke Kelantan dan berjalan-jalan melawat saudara mara di sana. Sementara kami belum mempunyai cahaya mata lagi, mudah untuk kami berjalan-jalan. Tinggal lagi saya perlukan rehat yang secukupnya untuk travel.
Minggu hadapan, saya perlu ke klinik kesihatan pada hari rabu dan klinik pakar O&G Hospital Sg. Buloh pada hari khamis untuk membuat pemeriksaan berkala. Semoga bacaan hb saya meningkat dan semoga bayi dalam kandungan ini sihat dan membesar dengan sempurna. Kami belum lagi menetapkan nama yang sesuai untuk anak yang akan lahir ini. Abang kata anak ni lelaki...tapi kalau dia perempuan, bolehlah jadi kawan Sumayyah. Sumayyah adik ipar bongsu saya. Sumayyah berusia 9 bulan.
Kafeteria tutup, mujur shop buka. Tengah hari ni, saya makan roti raisin oatmeal dan jus buah twister. Malas rasanya untuk pergi ke luar untuk membeli makanan. Saya masih lagi belum berkesempatan untuk bangun awal pagi dan memasak sarapan berat di rumah. Kesian abang. Petang selepas pulang ke rumah baru saya memasak untuk makan malam. Saya perlukan stamina yang lebih. Setiap hari saya teringin untuk bangun awal pagi dan memasak makanan berat untuk sarapan dan makan tengahari di rumah untuk abang. Dulu samasa kami tinggal di Keramat dan saya mengajar di Sekolah Islam Adni, selalu juga saya sediakan sarapan berat untuk abang. Sejak mengandung, saya cepat terasa penat, letih, termengah-mengah dan tercungap-cungap. Mujur abang tolong sediakan sarapan, walaupun ringkas. Baik sangat abang :).
0 comments:
Post a Comment