Thursday, March 1, 2012

INNA MA'AL 'USRI YUSRA

Sesungguhnya setiap kesusahan itu bersamanya ada kesenangan. Cuma kita perlu bersabar dan memohon kepada ALLAH dengan bersolat. WAS TA'IINUU BISSABRI WASSOLAH. Alhamdulillah, hari ini saya merasa lapang. Suatu ketika dulu, kami diuji dengan sesuatu, di mana kesabaran saya sangat-sangat teruji. Setiap kali teringat perkara itu, pasti saya akan berasa marah dan sedih. Namun kini, saya mampu untuk menerimanya dengan redha dan saya bertekad untuk meyelesaikan perkara ini. I believe that ALLAH will give us something precious after this, insya ALLAH. Peringatan bersama, perlu lebih berwaspada pada masa hadapan.

Tuesday, January 31, 2012

Breastfeeding...

Nur Mujahidah Nusaybah Binti Muhammad Hawari kini berusia 1 tahun 6 bulan dan 2 minggu. Usianya menghampiri 1 tahun 7 bulan. Alhamdulillah, saya masih menyusukan puteri solehah ini, tetapi tidak sepenuhnya. Sekarang saya tidak lagi mengepam susu sewaktu berada di ofis, dan saya gantikan susu ibu dengan susu formula sepanjang nusaybah berada di rumah pengasuh. Pulang ke rumah, saya terus menyusukan nusaybah. Saya bertukar kepada penyusuan penuh kepada penyusuan bercampur ini sejak usia nusaybah 1 tahun.

Hari sabtu lepas, pertama kali saya tinggalkan nusaybah bermalam bersama abu Nusaybah kerana mengikut program pelajar di teratak riverview, ulu bernam. Sebenarnya, saya sangat risau kerana Nusaybah tidak pernah ditinggalkan bermalam. Lebih2 lagi suami saya perlu menguruskan program sepanjang peninggalan saya.

Alhamdulillah, sepanjang program berlangsung, beberapa orang pelajar yang baik hati telah sudi menjaga Nusaybah. Saya masih tidak berkesempatan untuk belanja palajar 2 ini makan, insya ALLAH kami akan panggil makan di rumah. Sepanjang program suami saya malam itu, Nusaybah berkelakuan dengan baik.

Malam itu, selepas suami saya habis program dan ketika ingin melelapkan mata, suami saya menghantar sms supaya saya mengejutkan untuk solat subuh. Jika saya tidak silap, jam 1.08 pagi. Saya sedang melakukan aktiviti night walk. Saya menarik nafas lega bila saya yakin segalanya baik2. Setengah jam selepas itu, suami saya menelefon kerana Nusaybah terbangun dan menangis2. Selalunya bila Nusaybah merengek malam2, dia akan mencari susu ibunya. Puas diberi susu, dipujuk, tetapi tidak berjaya. Selepas dibiarkan menangis, akhirnya Nusaybah kepenatan dan mencari botol susunya sendiri. Dia berbaring di atas riba abinya dan terus tidur pada jam 2.30 pagi.

Saya pula, selepas tamat aktiviti nightwalk, saya memang berhasrat untuk tidur. Malangnya kepala dan badan saya sakit semua kerana saya tidak menyusukan Nusyabah sepanjang hari. Saya juga tidak membawa breastpump untuk memerah susu. Akhirnya saya terpakasa memerah susu secara manual. Saya simpan susu yang diperah dalam botol.

Keesokan harinya, jam 5.45 pagi suami saya menelefon semula. Nusaybah merengek lagi sejak dari jam 5 lagi. Memang selalu itulah waktunya dia akan merengek minta susu. Kesian suami saya, tidurnya tidak nyenyak.

Pagi itu, jam 10 pagi, suami saya bertolak ke tempat program. Alhamdulillah, bila dapat berjumpa Nusaybah, hati jadi sangat lega. Saya berikan susu kepada Nusaybah dengan banyak sebagai ganti. Susu yang saya perah pada waktu malam semalam memang sudah basi dan tidak boleh diberikan kepada Nusaybah. Sayang sebenarnya untuk membuang susu tersebut.

Selepas tamat program pada petang itu, kami pun bertolak pulang ke puncak alam. Separuh perjalanan, suami saya sangat mengantuk. Jadi saya teruskan perjalanan dengan Nusaybah dan abinya tidur kerana kepenatan.

Kerapkali suami saya mencadangkan agar saya hentikan penyusuan ini supaya Nusaybah biasa ditinggalkan dengan sesiapa sahaja jika saya terpaksa tinggalkan kerana dia biasa tidur tanpa menyusu dengan umminya.

5 bulan lagi Nusaybah akan berusia genap 2 tahun. Insya ALLAH, walaupun tidak menyusukan secara 100% (mungkin 40 %), saya akan tetap meneruskan penyusuan ini sehingga usianya 2 tahun. Mudah-mudahan berjaya.