Thursday, February 11, 2010

Terkini...


Dulu sebelum kahwin suami saya yang beria2 mencadangkan supaya diwujudkan sebuah blog sempena perkahwinan kami. Sudahnya, abang cuma posting dua kali je, itupun sebelum kahwin masa tengah semangat dulu :).

Alhamdulillah, sekarang kami sudah berpindah ke puncak alam. Akhir bulan januari yang lalu, kami telah pergi ke rumah lama di AU3, Keramat untuk menyerahkan kunci dan mengambil barang-barang yang tertinggal.

Alhamdulillah, sudah 19 minggu kami bergelar suami isteri. Bakal anak kami pula sudah berusia 17 minggu dalam kandungan. Semoga ALLAH mengurniakan anak yang soleh, sihat dan sempurna kepada kami.

Alhamdulillah, kami berpeluang menyertai usrah dan aktiviti2 yang dijalankan di puncak alam ini. Alhamdulillah juga, kami juga berpeluang mengikuti kuliah pengajian di surau Al-Furqan. Boleh dikatakan hampir setiap hari surau ini aktif mengadakan kuliah2. Cuma, seminggu dua minggu ini, saya tidak dapat istiqomah untuk menghadirkan diri ke surau kerana masalah kesihatan.


Sepanjang 19 minggu bergelar suami isteri banyak pengalaman suka, duka, pahit, manis, ketawa, menangis yang dikongsi bersama. Asam garam dalam kehidupan berumahtangga yang baru sedikit kami lalui. Sesungguhnya, iman dan taqwa itu sebaik-baik bekalan dalam melangkah ke alam rumahtangga. Ada kalanya saya merasakan tidak kuat, goyang dan rapuh (mungkin juga seringkali), di situlah suami saya akan mengingatkan saya. Saya berazam, berusaha dan bercita-cita untuk menjadi isteri yang solehah...tetapi bukan semudah itu untuk menjadi isteri yang benar-benar solehah. Mudah-mudahan ALLAH memberikan kekuatan kepada saya dan mengurniakan darjat isteri solehah kepada saya.


Sepanjang usia perkahwinan ini, sudah dua kali saya dimasukkan ke hospital, dan sepanjang perkahwinan ini, sayalah yang paling kerap pergi ke klinik. Terima kasih kepada suami saya kerana menemani saya setiap kali saya dimasukkan ke hospital, menemani setiap kali saya membuat pemeriksaan di klinik pakar dan klinik kesihatan. Terima kasih juga kerana bersungguh-sungguh menjaga pemakanan saya sepanjang saya mengandung...hemoglobin saya sangat rendah...diklasifikasikan sebagai anemia yang teruk kerana saya adalah pembawa beta thalassemia...sudah dijangkakan akan mengalami penuruman hemoglobon ketika mengandung. Insya ALLAH semuanya baik-baik sahaja, tinggal lagi saya perlu menjalani pemeriksaan yang lebih kerap di hospital dan klinik kesihatan.


Rumah kami di Puncak Alam masih lagi serba-serbi kekurangan. Dapur untuk memasak, peti sejuk, mesin basuh, Alhamdulillah sudah ada. Tinggal lagi set meja makan, TV, astro apatah lagi :), almari, tikar...semuanya masih dalam proses :). Alhamdulillah, ALLAH beri kemudahan kepada kami untuk bergerak dengan kereta dan juga motorsikal.


Semoga kami dapat mendirikan baitul muslim yang soleh, mudah-mudahan.


"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (Al-Furqan:74)


"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. "(Ibrahim:40)


" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan". (Ali Imran:38)
















1 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah...semoga dipermudahkan kakak..

Post a Comment