Wednesday, February 17, 2010

Sedap...tapi berhati-hati memilih.






“Hai sekalian manusia! Makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu” (QS. Al-Baqarah [2]:168).

Pilihlah makanan yang baik...bukan sahaja halal tetapi baik untuk kesihatan :). Sebelum memilih jenis makanan yang akan kita makan, hendaklah dipastikan penyediaan makanan dalam keadaan bersih dan tidak meragukan, terutamanya jika kita membeli makanan di kedai-kedai makan, gerai-gerai dan pasar malam. Kebersihan sebahagian daripada iman. Makanan akan menjadi darah daging kita dan memberi kesan kepada pembentukan peribadi dan amalan seharian kita.

Bagi ibu-ibu yang mengandung, pemilihan makanan tersangat penting untuk pembesaran bayi. Alhamdulillah, alahan saya sudah tiada lagi sejak kandungan memasuki usia 4 bulan. Sangat berselera untuk makan. Jika makan malam di luar, purata makan untuk dua orang termasuk minuman ialah RM10. Tetapi jika saya masak sendiri, RM 10 cukup untuk membeli udang, sotong, ikan dan sayur, malah lebih lagi. Lebih jimat dan puas.

Jadi, berhati-hati dalam membuat pilihan. Pilihan di tangan anda. Yang halal itu semestinya wajib. Dan yang halal itu semestinya yang baik untuk kesihatan dan pembentukan peribadi kita. Berhati-hati dalam memilih makanan, bukan tolak batu dan kayu sahaja.


0 comments:

Post a Comment