Tuesday, October 27, 2009
Tuesday, October 20, 2009
Monday, October 19, 2009
Alhamdulillah...
Segala puji bagi ALLAH tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad Sallahu ’alaihi Wasallam.
Ucapan syukur yang tidak terhingga kami panjatkan kepada ALLAH subhaanahu wa ta’aala di atas nikmat perkahwinan ini. ALLAH telah memberikan kami kesempatan untuk bergelar suami isteri dan juga memberikan peluang kepada kami agar dapat menyempurnakan separuh daripada agama ini, insya ALLAH.
Terima kasih buat sahabat2 yang telah sama-sama meraikan majlis kami pada 3 oktober yang lalu.
Ramai yang tertunggu-tunggu gambar semasa majlis. Insya ALLAH jika berkesempatan ana akan upload gambar di facebook dan blog ini. Bila agaknya tu :D.
Honeymoon masih tidak berkesempatan lagi, tetapi alhamdulillah, kami dapat menonton filem di pawagam bersama2 seminggu selepas berkahwin. Satu pengalaman baru kerana kami tidak pernah menjejakkan kaki ke pawagam dan penonton pada malam itu hanyalah kami berdua dan seorang lagi penonton yang lain.
Doakan kami dapat membina rumahtangga muslim yang soleh.
to be continue...
Wednesday, September 9, 2009
Pengumuman
Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang. Segala puji bagi ALLAH tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad Sallallahu'alaihi wasallam, serta buat keluarga dan sahabt baginda sekaliannya. Alhamdulillah, ini merupakan posting pertama ana di sini.
Alhamdulillah dan insya ALLAH, dengan izin ALLAH subhaanahu wa ta'aala, ana akan bernikah pada pagi sabtu, 3 oktober 2009,bersamaan dengan 14 syawal 1430 hijrah, dengan tunang ana, Muhammad Hawari Bin Hanafi. Dengan berbesar hatinya, ana menjemput semua sahabat untuk meraikan majlis perkahwinan kami yang insyaALLAH akan diadakan pada hari yang sama di rumah ana yang beralamat:
1078, zon 4 ,Jalan Garuda, Felda Ulu Penggeli, 86007, Kluang, Johor.
Doakan urusan kami mudah dan jodoh kami berkekalan hingga ke syurga. Wassalam.
Thursday, August 20, 2009
Assalamualaikum ustazah
Hari ini genap 2 hari usia hawariena.blogspot.com. blog ini diwujudkan disaat Hawari dan Hairena sedang membilang hari untuk bergelar pasangan suami isteri yang sah. Semoga ALLAH SWT mempermudahkan urusan kami berdua, amiiin.
Blog ini dihasilkan oleh ustazah Hairena dan InsyaALLAH akan diupdate selalu oleh ustazah Hairena (ummi) dan ana. InsyaALLAH kita berdua mengabadikan segala kenangan kita selepas pernikahan nanti di sini supaya sentiasa menjadi pemangkin penghangat dan pembugar hubungan kita sebagai suami isteri.
INZAR
Buat tunangku ustazah Hairena Norashikin Bt. Sharip yang sedang mengajar, semoga tabah menghadapi karenah anak-anak didikmu. Mereka semua dengan ilmu yang engkau curahkan akan menjadi talian hayatmu dihadapan ALLAH SWT di hari yang ditakuti oleh kita semua kelak. Juga dengan ilmu2 yang dimanfaatkan mereka menjadi cahaya yang akan menerangi kegelapan kamar yang engkau akan diami setelah tamat perjalanan di atas muka bumi ini.
NEXT
Next posting dari ana untuk ustazah Hairena:
1- Salam Ramadhan Buat Tunangku
2- Sedikit Taaruf Ringkas berkenaan diri ana.
Tuesday, August 18, 2009
Ahlan Wasahlan...
Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh...
Hi everyone.Hope you enjoy your day. Welcome to the new blog, our newly home.
Umar bin al-Khattaab relates that: 'I heard the Messenger of Allaah, sallallaahu alayhi wa sallam, saying, "verily actions are by intentions, and for every person is what he intended. So the one whose hijra was to Allaah and His Messenger, then his hijrah was to Allaah and His Messenger. And the one whose hijrah was for the world to gain from it, or a woman to marry her, then his hijrah was to what he made hijrah for."
THE INTENTION IS THE FOUNDATION OF EVERY ACTION
May ALLAH accepts our good deeds and gives the best rewards to us. Watch out your niyah (intention).
Have a nice day guys.